Aku ni Nicholas Empusut anak Anggit. Bangsa Iban la. Dh 2 tahun duduk di IPG Kampus Rajang ni. Tapi ni la first time nak tulis blog berkenaan ngan IPG ni. Semua post dalam blog ni nanti semua yang berkaitan dengan IPG tercinta ku ni la.
Intitut Pendidikan Guru Kampus Rajang
ni la muka kami orang Sem berapa entah.. 1/2.. aku yang baju Putih..
Pertama sekali, bagi yang tak tau di mana tempat IPG ni, mai aku gi tau. Dulu pun aku tak tau kewujudan IPG ni kat Sarawak. Kalau ko orang dari Tanah Melayu nun/ Sabah, guna ja flight ke Sibu. Dari airport tu boleh la sewa teksi. Bagi tau ngan pak cik teksi tu mau pegi IPG Kampus Rajang. Tapi, kebanyakkan orang tak tau nama IPG. Senang, sebut ja MAKTAB RAJANG. Kalau pak cik teksi tak tau juga terutamanya pak cik Cina, sebut jak Teacher Training College. Tau la mereka. Tambang tak pasti la. Aku dulu, suami cousin yang hantar ke sini. So, x yah la susah-susah mok pusing-pusing cari kan. Ada kawan saya dia tersesat mau mencari IPG ni.. Hahaha.. Tu dulu..
Kawasan IPG ni tak la besar sangat. Orang kata, IPG ni IPG dalam taman kerana sekeliling IPG ni hutan ja yang nampak. Jauh juga dari bandar. Bandar yang terdekat adalah bandar Sibu yang ambil masa 1 jam gitu la kalau mau ke sana. Dan bandar Buah Nanas, Sarikei ambil masa kira2 30 minit kalau guna jalan Skim B.
ok la.. next time post g..
No comments :
Post a Comment